Thursday 6 September 2012

My day today

Pagi ini seawal pagi bergerak dari rumah ke pejabat seperti biasa.

Perkara rutin yang jadi pada hari kerja.

Kecuali, Mamduh melambai selamat tinggal..buat pertama kali nya... setiap hari kerja Mamduh akan hantar Ibu ke stesen LRT, tapi hari ini adalah hari dlm sejarah buat Ibu. Mamduh lambai Ibu. Buat beberapa saat, hati Ibu bergelodak dengan rasa sedih dan gembira.

Sepanjang perjalanan, Ibu sempat berbincang dengan Ayah mengenai blog baru ini. Ibu ingin mencatat senarai 40 perkara yg belum pernah Ibu lakukan .. forty things about bla bla bla..

Kami bersetuju untuk menyenaraikan antara beberapa keinginan Ibu.

Seharian ditempat kerja hari ini, walaupun dalam mesyuarat, Ibu sentiasa terfikir mengenai pelbagai perkara ..

Mau berkongsi idea?

Antaranya ialah:

40 restoran yang baru yang dicuba sepanjang 40 bulan
40 buku yang dibaca sepanjang 40 bulan
40 resipi baru yang perlu dicuba selama 40 bulan

dan yang paling best.... 20 kawan & keluarga akan dijemput untuk makan bersama...

berminat untuk menjadi senarai jemputan? mari sertai bersama.


2 comments:

  1. 40 restoren untuk 40 bulan...owh bukanlah 40 ari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 40 restoran utk 40 hari.. kembong lah perot...

      Delete